Siapa sangka, rumah teres satu tingkat ini dahulunya buruk dan usang kini telah bertukar wajah dan nafas baharu. Jika dilihat pada keadaan asal rumah teres itu, pasti ramai yang ragu-ragu. Mana taknya habis semua barang dalam rumah telah dicuri orang.

Semua orang inginkan kediaman yang cantik dan selesa. Ye lah rumah kan ibarat ‘syurga’ kita. Bila letih balik dari kerja, pasti rumahlah tempat yang paling nyaman untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.

Seperti perkongsian daripada pasangan suami isteri ini yang bernekad untuk membeli rumah teres yang telah lama ditinggalkan dan mengubah suai dengan nafas yang baharu.

Hi semua. Just nak share sikit. Saya beli rumah ni tahun 2016. Rumah ni sebenarnya owner beli untuk anak tapi dah terbiar selama 13 tahun before kami beli.

Macam-macam barang dah hilang atau kena curi. Nasib jamban je dia tak curi. Tangki air dan sinki habis hilang.

Saya sambung belajar masa bru kahwin, wife saya pula buat tuisyen matematik rumah ke rumah (sekarang fully online lah). Tutor Hub HQ. Kerana kekangan budget, kami upgrade rumah ni sikit-sikit. Gunakan apa yang ada je dulu.

Gambar ketiga dan keempat adalah yang latest. Projek dalam masa 3 hari. Siap sehari je sebelum raya.

Gigih naik motor dari nilai ke seremban punya eco shop sebab nak cari Vinyl flooring yang macam tu juga. Otw balik, hujan pulak… Nasib baik sempat sampai rumah sebelum lebat.

Hujan lebat. Gigih nak pergi juga ke Seremban dari Nilai. So, kita pakai je plastik sampah. Janji sampai.

Saya guna gam ni. Kuat. Tak yah letak banyak sangat.

Kos semua sekali untuk dinding macam tu tak sampai 3 ratus pun.

Yang lawaknya, punya gigih wife nak susun senget-senget tu, siap gunakan calculator, masukkan Sin Cos Tan. Hahaha… Tahulah mengajar matematik.

Apa-apapun, memang berbaloi buat sendiri, memang penat tapi puas hati.

*Tips: gam sedia ada kat vinyl flooring tu tak kuat sangat tau. Kami gunakan gam yang tembak tu, bentuk silinder.

 

Sumber: Auf Razak

The post Pasangan Ini Deko Rumah Dengan Bajet Tak Sampai RM300, Tapi Hasilnya Cukup Puas Hati appeared first on Siakap Keli.


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.