[ad_1]

PEKAN: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak terkejut mendengar khabar angin kononnya nama beliau turut dikaitkan dalam pembentukan sebuah parti baharu.

Jelasnya, khabar angin itu disifatkannya sebagai berniat jahat dan usaha untuk mencuba melaga-lagakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kini disambut baik oleh rakyat.

“Saya tidak terkejut… sebelum ni ada (pihak) kata nak wujudkan parti baharu dengan Datuk Seri Azmin Ali. Ini usaha nak melaga-lagakan, disandarkan dengan niat jahat. Jadi tidak perlu kita jawab banyak sangat sebab itu dia hendak kita layan isu begini supaya ia berterusan di sosial media,” katanya.

Malah tegas Hishammuddin, tindakan pihak tertentu menularkan khabar angin itu juga membuktikan bahawa mereka terdesak kerana prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh 100 hari.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Kampung Orang Asli Gumum, Chini pada Ahad.

Sebelum ini, nama Ahli Parlimen Sembrong itu turut dikaitkan dalam khabar angin berkenaan bersama beberapa pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



[ad_2]
Source link