[ad_1]

KOTA KINABALU: Beberapa daerah di sekitar pantai barat Sabah terjejas teruk akibat banjir kilat sejak malam tadi.

Menurut Jawatankuasa Bencana Daerah hari ini, antara daerah yang terjejas ialah Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort dan Membakut.

Enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka melibatkan dua daerah di Penampang dan Kota Belud.

Daerah Kota Belud menyaksikan 31 mangsa banjir dari 19 buah kampung terpaksa dipindahkan manakala di Penampang pula, 18 individu ditempatkan di PPS.

Banjir kilat yang berlaku beberapa kawasan di pantai barat Sabah itu susulan hujan lebat sejak malam semalam.

Tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini.



[ad_2]
Source link