Memang tidak diragukan lagi istilah ‘penasihat robo’ merupakan terma semasa yang hangat dalam dunia pelaburan Malaysia. Topik ini bukan sesuatu yang baharu bagi para pelabur di luar sana.

Pada tahun 2017, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memperkenalkan rangka kerja kawal selia bagi memudahkan perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital. Ini telah menjadi garis panduan pelesenan yang bertujuan untuk menawarkan servis pengurusan dana berautomasi kepada pelabur. Dalam erti kata lain, usaha ini bertujuan untuk mengelola pengurusan pelabur dengan memberi saluran dan akses yang lebih mudah.

Rakyat Malaysia boleh mengambil contoh terkini dari negara Singapura, untuk melihat kepesatan konsep penasihat robo. Carian ringkas tentang penasihat robo di Singapura, akan menunjukkan beberapa pemain utama industri, yang terdiri daripada pembekal tempatan dan juga antarabangsa.

Sesetengahnya datang daripada pecahan pengurusan dana berlesen dan firma pengurusan kewangan yang terkemuka, ada juga yang terlibat sebagai penasihat kewangan digital yang berlesen.

Antara syarikat penasihat robo yang sedang beroperasi di negara republik tersebut adalah syarikat tempatan Singapura sendiri iaitu Smartly Pte Ltd, dan juga syarikat India iaitu Valuefy Solutions dan Main Street Capital Sdn Bhd. Mereka dilaporkan berhasrat untuk mengembangkan operasi di Malaysia. StashAway, yang berpusat di Singapura, merupakan penasihat robo pertama yang menawarkan servis penasihat robo di Malaysia. StashAway telah melancarkan platform penasihat robo pertamanya pada November 2018, selepas berjaya mendapatkan Lesen Pengurusan Pelaburan Digital yang telah diluluskan oleh SC.

Jika ini tidak menarik perhatian anda, bermakna anda memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam tentang servis penasihat robo. Memang tidak dinafikan bahawa ini merupakan salah satu penemuan terbesar buat industri kewangan. Fenomena ini telah menarik perhatian sedunia dengan pantas sejak sedekad yang lalu.

Apa itu penasihat robo?

Sebelum kita fahami dengan lebih dalam tentang topik ini, apakah itu penasihat robo? Sesiapa saja boleh meneka bahawa terdapat elemen robot hanya berdasarkan terma ‘penasihat robo’.

Dalam istilah awam, penasihat robo merujuk kepada aplikasi algoritma untuk pengurusan perancangan kewangan atau servis pengurusan pelaburan buat para pelabur dengan kadar campur tangan manusia yang minimum.

Secara ringkas, bayangkan dahulu anda boleh dapatkan nasihat daripada penasihat pelaburan kewangan secara bersemuka. Penasihat anda juga akan memberikan perancangan kewangan peribadi yang unik mengikut keperluan dan matlamat kewangan anda.

Walaupun ciri khusus ini belum lagi tersedia secara maya buat masa sekarang, fungsi penasihat robo sentiasa diperbaiki dan dinaiktaraf seiring dengan aliran dan peredaran industri pelaburan. Permintaan penasihat robo yang semakin meningkat pasti akan menemukan potensi dan ciri yang lebih baharu dan terperinci.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Penasihat robo berpotensi untuk menjadi sehebat seperti berinteksi dengan seorang manusia. Mereka mereplikakan fungsi seorang penasihat kewangan manusia pada tahap asas, tapi pada kadar yang lebih luas. Keutamaan penasihat robo adalah memberi nasihat dan cadangan kepada pelabur dari segi peruntukan aset portfolio.

Penasihat robo boleh memilih jenis pelaburan, memperuntuk dan mengimbang portfolio pelaburan secara automatik berdasarkan pilihan dan matlamat kewangan pengguna. Penasihat robo juga mengumpul maklumat klien melalui kajian soal selidik dalam talian tanpa interaksi manusia.

Apakah manfaatnya?

Industri penasihat robo telah berkembang pesat sejak kemunculan penasihat robo yang pertama di dunia, iaitu Betterment pada tahun 2018. Menurut Statista, aset di bawah pengurusan industri penasihat robo dilaporkan berjumlah 398 bilion USD pada tahun 2018. Dan jumlah ini dijangkakan bertambah dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 38.2% untuk mencapai 1.5 trilion USD pada tahun 2022.

Mungkin anda terfikir “Mengapa penasihat robo sangat menarik?” “Apakah manfaat dan kelebihan penggunaan penasihat robo?”

Berikut adalah 4 kelebihan utama penggunaan penasihat robo untuk mengurus pelaburan portfolio anda.

1. Fi yang rendah

Sedekad yang lalu, nasihat kewangan profesional hanya boleh didapatkan oleh pelabur yang berpengetahuan luas atau individu nilai bersih yang tinggi disebabkan fi yang sangat tinggi.

Kini, kelebihan penggunaan penasihat robo yang paling menguntungkan adalah kadar fi yang rendah.

Kebiasaannya, fi penasihat robo lebih rendah berbanding servis penasihat kewangan peribadi. Walaupun begitu, pengurusan pelaburan portfolio anda masih akan diuruskan secara profesional dan cekap.

Kebanyakan penasihat robo di dalam pasaran hari ini menawarkan fi jualan 0% dengan fi tahunan bermula dari 0.5% sehingga 1%. Sebagai contoh, StashAway mengenakan fi tahunan pengurusan bermula dari 0.2% sehingga 0.8% di Malaysia.

Bagi kemasukan pelabur baharu, kos penasihat robo jauh lebih jimat kerana tiada orang tengah.

2. Syarat pelaburan yang rendah

Penasihat robo hanya memerlukan wang kemasukan pelaburan yang rendah di seluruh industri.

Sehingga baru-baru ini di Asia Tenggara, penggunaan servis pengurusan kewangan masih menjadi hak istimewa kepada individu bernilai bersih yang tinggi yang mempunyai beratus ribu mata wang Amerika.

Servis nasihat kewangan peribadi seperti ini sememangnya tidak tersedia bagi mereka yang ingin melabur dengan hanya beberapa ratus atau ribu ringgit sehinggalah wujudnya servis pengurusan kewangan digital.

Sebagai contoh, StashAway tidak memerlukan kadar minimum bagi pelabur yang ingin memulakan pelaburan di Malaysia manakala Smartly hanya memerlukan pelaburnya di Singapura untuk memulakan pelaburan serendah 50 SGD setiap bulan, termasuk Dana Dagangan Bursa (ETF) yang sebelum ini tidak terbuka kepada pelabur kecil.

Layari StashAway untuk keterangan lanjut. Para pembaca iMoney boleh menikmati fi diskaun apabila anda mendaftar akaun melalui link ini. Anda diingatkan untuk membuat pembacaan dan kajian yang menyeleruh sebelum melabur.

Seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, jika anda ingin berhubung bersama perancang kewangan yang diiktiraf, permohonan anda mungkin akan ditolak jika ia tidak menepati kadar minimum.

Hakikatnya, apa yang penting adalah wang yang akan digunakan apabila berurusan dengan penasihat robo.

3. Tidak perlu pengetahuan kewangan yang terperinci

Konsep penasihat robo adalah penggunaan kecerdasan buatan untuk menguruskan portfolio pelaburan. Penasihat robo mencontohi cara manusia berfikir dan mengambil langkah mengikut situasi yang berbeza menggunakan kecerdasan buatan.

Apa yang lebih menarik adalah penasihat robo menggunakan Teori Portfolio Moden. Tujuannya adalah untuk memaksimumkan pulangan yang dijangka berdasarkan tahap risiko walaupun ia terus berkembang dengan lebih banyak teori dan data yang luas.

Adakah kesemua istilah jargon ini sesuatu yang baharu bagi anda? Ia seperti tidak memberikan tanggapan yang menarik tentang penggunaan penasihat robo.

Tetapi, adakah anda tahu bagaimana kapal terbang berfungsi sebelum anda menaikinya untuk melancong ke destinasi anda?

Mana-mana pelabur kecil boleh menggunakan penasihat robo dengan hanya beberapa klik. Apa yang penting adalah kekukuhan strategi pelaburan penasihat robo pilihan anda.

Anda boleh rujuk sejarah pulangan dengan alternatif pelaburan yang lain. Selain itu, guna kaedah pengujian semula untuk menganggar ketepatan penasihat robo.

4. Tanpa emosi

“Apa kata kita tunggu sampai stok naik semula, tak mungkin harga akan jatuh lagi.” Macam pernah dengar? Salah satu kesilapan terbesar yang dilakukan para pelabur adalah berharap yang terbaik.

Kebiasaannya pelabur akan risau setiap kali pasaran saham jatuh. Mereka juga selalu teruja apabila pasaran saham meningkat mendadak. Inilah yang dimaksudkan tindakan yang ‘tidak berfikiran jauh’ yang sering berlaku di dalam pasaran saham.

“Elak menyalahtafsir aliran saham dan tumpukan perhatian kepada matlamat jangka panjang.” Tidak semudah itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang senang terpengaruh.

Ini merupakan senario yang sempurna bagi penasihat robo. Proses pelaburan dilakukan secara automatik apabila anda menggunakan penasihat robo. Penasihat robo menggunakan aturan yang telah diprogramkan tanpa pengaruh emosi manusia apabila membuat keputusan. Semua ini boleh dinikmati sambil menggunakan telefon pintar atau komputer riba anda untuk perkara lain.

Yang manakah sesuai untuk anda?

Tidak dinafikan bahawa kewujudan penasihat robo telah memberi manfaat penting kepada para pelabur baharu terutamanya golongan milenial. Peningkatan penggunaan penasihat robo merupakan titik perubahan bagi industri pengurusan pelaburan di Malaysia. Penggunaan penasihat robo sememangnya akan mengubah servis pengurusan dana tradisional di Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

Para pelabur pasaran kapital harus memperhebatkan pengurusan kewangan mereka untuk kekal bersaing bersama firma penasihat robo.

Harus diingatkan setiap pelaburan mempunyai kaedah dan pengurusan yang berlainan. Dan setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Anda harus berwaspada terhadap setiap pembacaan dan kajian yang dilakukan.

Yang paling penting adalah sikap keterbukaan dalam memahami bagaimana penasihat robo boleh memberi manfaat kepada anda.




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.