PELAKON popular, Remy Ishak berkongsi foto wajahnya yang bengkak selepas ‘dibelasah’ dalam filem terbaru lakonannya iaitu Sangkar yang mula ditayangkan di pawagam hari ini.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam pada 29 Ogos 2019,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Remy akui berasa terkejut melihat foto itu sebelum membaca kapsyen yang ditulis.

“Ingatkan real tadi.

“Saya terkejut sekarang ni, lepas dah tengok kapsyen baru perasan.

“Real makeup art, hebat,” tulis netizen.
 

Sangkar merupakan filem terbaru arahan Kabir Bhatia yang menampilkan unsur sukan seni bela diri campuran (MMA).

Selain Remy, Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era dan ramai lagi.

Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sangkar, ia telahpun menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula hari ini!

 





Source link