Agamawan sepatutnya perlu lebih “husnuzon” (bersangka baik) terhadap kempen kibar bendera putih yang digerakkan rakyat dalam kesusahan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Begitu juga dengan kenyataan seorang menteri besar yang menyifatkan kempen bendera putih sebagai agenda politik bagi menjatuhkan kerajaan ketika ini.

“Ada MB dan orang agama yang tidak setuju kempen menaikkan bendera putih. Tujuannya batil.

“Kenapa batil? Kerana ia propaganda politik. Motifnya ialah untuk burukkan dan jatuhkan kerajaan PN (Perikatan Nasional).

“…Sepatutnya pemimpin dan orang agama lebih sesuai ambil sikap husnuzon iaitu bersangka baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyuarakan tidak bersetuju dengan kempen mengibarkan bendera putih di rumah bagi meminta bantuan di tengah-tengah wabak Covid-19.

Memahami kesusahan hidup yang dihadapi rakyat pada masa ini, Wan Salim bagaimanapun berkata tindakan itu tidak wajar kerana ia mencerminkan sikap berputus asa terhadap apa yang dihadapi.

Selain itu beberapa pemimpin PAS turut tidak bersetuju dengan tindakan orang ramai mengibarkan bendera putih bagi mendapatkan bantuan ketika PKP.

Antara pemimpin PAS yang mempertikai perbuatan itu, dua Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Mokhtar Senik.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor adalah pemimpin PAS terbaru yang memperlekehkan kempen #BenderaPutih (bendera putih), dan meminta penduduk negeri untuk meminta pertolongan melalui “saluran rasmi”.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dia menyifatkan kempen itu sebagai “propaganda politik” terhadap kerajaan PN.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, pihak yang membantah tindakan mengibar bendera putih itu sebenarnya mainan politik kerana khuatir kerajaan dapat malu dan jatuh.

“Ada pula yang berpendapat bendera putih cerminkan sikap mengalah dan berputus asa.

“Mereka bukan tidak mahu kerja dan mengemis di tepi jalan. Tetapi kerana PKP, mereka hilang kerja dan sumber pendapatan. Tempat kerja tutup atau bisnes kecil tutup,” katanya lagi.


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.