[ad_1]

KUALA LUMPUR: Hari kelapan Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 menyaksikan 16 kematian dicatatkan.

Perkara itu diumumkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik, Datuk Azisman Alias dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Jelasnya, dalam tempoh 24 jam, 16 kematian baru dicatatkan membawa kepada 82 kematian dicatatkan sepanjang Op Selamat dijalankan.

Pada hari kelapan sahaja, sebanyak 1,160 kes kemalangan dicatatkan melibatkan 1,508 kenderaan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai enam mangsa cedera parah dan 14 mengalami cedera ringan.

Selangor mencatatkan kemalangan tertinggi setakat ini sebanyak 3,870 kes, diikuti Johor (2,005), Kuala Lumpur (1,540), Pulau Pinang (1,059) dan Perak (962).

Kemalangan maut tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 23 kes, diikuti Johor (15), Sarawak (14), Kedah (11), Kelantan (11), Negeri Sembilan (8), Pahang (8), Melaka (5) dan Pulau Pinang (4).

Sepanjang lapan hari dijalankan, sejumlah 205,414 saman dikeluaran dalam Ops Selamat kali ini.

Siasatan mendapati, enam kesalahan utama dikesan dilakukan pengguna lebuhraya dan jalan persekutuan.

Antaranya, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju dan memandu di lorong kecemasan.



[ad_2]
Source link