[ad_1]

KUALA LUMPUR: Bercakap mengenai normal baharu, pastinya kita semua boleh menjangka atau melihat kepada penggunaan teknologi digital serta urusan dalam talian secara meluas.

Ini termasuk perubahan perkhidmatan di hospital yang akan menggunakan kaedah lebih selamat seperti mempraktikkan penjarakan sosial selain memastikan semua pihak bebas daripada wabak COVID-19.

Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, bekata, IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temu janji dalam talian.

“Apa yang perlu kita lihat adalah aturan di hospital di mana mungkin boleh mengadakan sesi konsultasi yang boleh dilakukan secara dalam talian.

“Ini masih lagi di dalam kajian yang mana kita tidak perlu berjumpa dengan pesakit secara fizikal sebaliknya boleh melakukan secara digital seperti sidang video dan sebagainya. Sebagai contoh, para doktor di hospital boleh bertanyakan keadaan pesakit yang berada di rumah.

“Sekiranya terdapat beberapa perkara yang mungkin kita perlu selidik dengan lebih rapi, kita boleh buat temu janji dengan mereka supaya datang ke hospital dan jika mereka jauh daripada kami (IJN), mungkin rujukan boleh dibuat dengan hospital berdekatan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan perbincangan dalam talian bertajuk Mental Illness And Health Concern Surrounding COVID-19 yang dihoskan oleh penyampai berita dan wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng pada Jumaat malam.

Tambah Dr Beni, rata-rata pesakit yang datang untuk menjalani pemeriksaan di IJN akan mengadakan konsultasi di klinik pesakit luar iaitu di klinik kardiologi.

“Jadi, kami pastikan agar mereka ini tidak berada berhampiran di antara satu sama lain, contohnya kita meletakkan garisan di atas lantai, kita menjarakkan kedudukan mereka.

“Dalam erti kata lain, kami boleh bertanyakan soalan atau melakukan konsultasi tetapi penjagaan jarak itu masih dalam satu meter. Jadi kita boleh memastikan sejauh mana untuk kita meminimakan kontak dengan pesakit,” tambah Dr Beni.

Dr Beni bersama dua lagi pakar perubatan terkenal negara lain iaitu pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri; Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin pada Jumaat malam. 



[ad_2]
Source link