[ad_1]

ORANG ramai disarankan agar memakai penutup mulut dan hidung di sebalik kelonggaran perintah berkurung di United Kingdom (UK).

Namun menurut Ahli Malaysian Society Imperial College London, Ahmad Syabil Hud Adzman Shah, topeng tersebut perlulah dihasilkan mengikut inisiatif masing-masing kerana bekalan topeng penutup muka terhad untuk barisan petugas hadapan.

“Pada awalnya, mereka tidak mengeluarkan nasihat langsung tentang pemakaian topeng muka. mereka kata, kami hanya akan menggunakan nasihat saintifik daripada penasihat penasihat negara

“Salah satu langkah yang diorang laksanakan ialah rakyat di sini perlu membuat pelindung muka sendiri, iaitu penutup muka dan bukan hanya topeng penutup hidung dan mulut .

“Disebabkan itu, jika dilihat kebanyak media sosial di UK sering memaparkan video mengenai cara-cara membuat penutup muka, ada yang menggunakan kain, tuala dan cara-cara menjahit topeng.

BACA: COVID-19: PM Britain umum pelan longgarkan sekatan

Ahmad Syabil berkata demikian berdasarkan dokumen strategi pemulihan kerajaan UK yang menggariskan beberapa perkara yang dijangka dilaksanakan pada awal bulan depan.

Tambahnya, suasana sambutan Hari Raya pada tahun ini tidaklah meriah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana masih tidak dibenarkan untuk berkumpul beramai-ramai pada satu masa.

“Nasihat kerajaan ialah jangan berkumpul untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Jika ingin berjumpa dengan sesiapa, hanya dibenarkan untuk berada di luar rumah sahaja.

“Jadi rancangan saya ialah untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, saya dan rakan serumah saya hanya akan berkumpul menerusi panggilan video untuk menghubungi ibu-bapa, saudara-mara dan rakan rakan yang berada di Malaysia,” jelas Syabil.

Ahad lalu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan strategi pemulihan kerajaan UK susulan kemerosotan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

BACA: Bantuan perniagaan UK tidak cukup, perniagaan mungkin gulung tikar

BACA: Pembangkang UK tuntut penjelasan lebih jelas, tegas berhubung pelonggaran sekatan



[ad_2]
Source link