[ad_1]

DUBAI: Pemeriksaan suhu dan pemakaian penutup hidung dan mulut akan menjadi kebiasaan di lapangan terbang Dubai bagi mengurangkan penyebaran COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Griffiths berpandangan, di seluruh dunia ketika ini, pemerintah, pihak lapangan terbang dan syarikat penerbangan wajar mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan sementara untuk memulakan semula perjalanan udara, termasuk pemeriksaan suhu, pemakaian penutup hidung dan mulut serta amalan penjarakan sosial.

Kata beliau, pihaknya perlu mengambil apa sahaja langkah yang diperlukan untuk melindungi orang ramai dan kakitangan lapangan terbang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia, menghentikan perkhidmatan penumpang pada akhir Mac lalu selepas Emiriah Arab Bersatu mengambil langkah drastik mengekang penularan virus tersebut.

Langkah-langkah keselamatan sementara harus dipraktikkan ketika penerbangan kembali beroperasi tetapi Griffiths berpandangan penjarakan sosial akan membatasi permintaan penerbangan.

Lapangan terbang antarabangsa Dubai, merupakan pusat penerbangan Emirates, mengendalikan Airbus A380 dengan lebih 600 penumpang sebelum penularan COVID-19  memaksa lapangan terbang itu  menghentikan penerbangan.



[ad_2]
Source link