[ad_1]

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melantik Nor Azimah Abd Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang ketujuh berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Dr Azman Hussin.

SSM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan Nor Azimah yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Perkhidmatan Korporat) mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti perundangan korporat, penguatkuasaan dan perkhidmatan korporat.

Sebelum menyertai SSM, Nor Azimah telah berkhidmat sebagai Pensyarah Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga sebagai peguam, katanya.

Menurut SSM lagi, Nor Azimah telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara pada tahun 1992 dan adalah lulusan Undang-Undang Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) dan Sarjana Undang-undang Perniagaan dari University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link