Masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia hari ini meraikan perayaan Duan Wu Jie atau nama lainnya adalah Pesta Perahu Naga atau perayaan Dumpling Festival pada tanggal 14 Jun 2021.

Festival ini merupakan festival bersejarah Cina yang disambut selama lebih 2,000 tahun. Perayaan ini disambut pada hari kelima bulan kelima tahun Cina.

Seperti tahun sebelum ini, setiap kali festival ini berlangsung perlawanan perahu Naga sebagai satu tradisi rasmi yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat. Bagaimanapun, tahun ini agak berubah apabila sebarang aktiviti sosial tidak dapat dilaksankan di seluruh negara.

Makanan yang dihidang.

Di dalam perayaan ini juga, pelbagai jenis dumpling atau zongzi disediakan. Dumpling ini adalah pada asasnya beras pulut yang dibungkus dengan daun dan mereka memasaknya melalui proses mengukus atau merebus.

Sebagai contoh di Malaysia dan Singapura, kebanyakannya akan menyediakan dumpling jenis Nyonya Zongzi. Ianya merupakan masakan daripada orang Peranakan Baba Nyonya.

Warna biru pada makanan tersebut merupakan bunga yang kebiasaannya orang Melayu masak nasi kerabu biru.

Aktiviti lain

Selain daripada aktiviti makan, aktiviti menegakkan telur ayam juga merupakan antara aktiviti semasa perayaan ini bermula. Ia dikatakan selepas jam 12 tengah hari, letak telur ayam di bawah matahari dan telur itu akan berdiri tegak.

Bagaimanapun, warganet juga mencuba meletakkan telur ayam di tengah-tengah ruang yang ada matahari untuk melihat kejadian itu sendiri.

 

Sumber rujukan: Kamek Miak Sarawak, Redbus Festival Duan Wu Jie


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.