[ad_1]

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Mengulas penularan video murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin, KPM dalam kenyataan hari ini berkata siasatan terperinci sedang dijalankan.

“KPM mengambil maklum mengenai penyebaran video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke bahasa Mandarin dan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan yang sedang tular di media sosial.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang juga berlaku di beberapa sekolah lain,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan sedia maklum penyebaran video lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Video berdurasi 1 minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. – BERNAMA



[ad_2]
Source link