DENGAN sekali lafaz, pelakon Nazrief Nazri sah bergelar suami kepada model Aizatul Aqma Hamdan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Nazrief atau nama sebenarnya, Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 28, diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Aizatul Aqma, 25, oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Kuala Lumpur, Saiful Hamizi pada pukul 6.10 petang.

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluraga dan kenalan terdekat.

Pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen itu dilaporkan sudah merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.  

Sumber: Harian Metro





Source link