KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon kepada mahkamah untuk tidak membaca nombor kad pengenalan bagi ‘tujuan keselamatan’.

Permohonan tersebut dibuat ketika Ahli Parlimen Pekan itu memasuki kandang saksi dan sebelum membaca kenyataan bertulis kira-kira pukul 10.40 pagi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan tersebut sebelum sesi pembelaan diteruskan tanpa menyebut nombor kad pengenalan Najib.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib akan menjawab 317 soalan sepanjang sesi keterangan saksi.

Kesemua keterangan saksi akan dijawab dalam bahasa Malaysia, namun pasukan pendakwaan dibenarkan untuk membuat pemeriksaan balas dalam bahasa Inggeris.





Source link