[ad_1]

NEW YORK: Tugu patung bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Theodore Roosevelt yang diletakkan di hadapan Muzium Sejarah, New York akan dipindahkan ke lokasi lain.

Perkara itu diumumkan pejabat Datuk Bandar New York pada Ahad.

Permohonan untuk memindahkan tugu itu dibuat oleh pihak muzium sendiri.

Tugu berkenaan memperlihatkan Roosevelt menunggang kuda di tengah-tengah antara lelaki berketurunan Asli Amerika dan lelaki Afrika.

Pengumuman itu dibuat ketika AS kembali dilanda isu perkauman sekali gus memaksa beberapa pemindahan monumen dilakukan.

“Muzium Sejarah telah memohon untuk memindah keluar patung Theodore Roosevelt kerana ia secara tidak langsung menggambarkan orang kulit hitam dan orang asli adalah daripada golongan bawahan.

“Kami menghormati permohonan mereka. Ini adalah keputusan tepat dan dibuat pada masa yang tepat,” kata pejabat datuk bandar dalam satu kenyataan kepada CNN.

Walaupun tugu patung itu dikatakan membawa maksud Roosevelt sebagai “ahli sejarah yang berdedikasi terhadap sumber sejarah asli”, namun ia juga dianggap membawa maksud jurang antara kaum yang sekian lama membelenggu negara tersebut.

Buat masa ini, tarikh bila tugu itu akan dipindahkan belum diumumkan, dan ke mana ia akan dipindahkan atau disimpan juga tidak didedahkan.

Pembinaan tugu itu bermula pada tahun 1925 dan mula dipamerkan kepada umum pada 1940.



[ad_2]
Source link