[ad_1]

TAPAH: Tujuh sekeluarga berdepan detik ngeri apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler rosak di Kilometer 326 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.39 pagi dan mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Kemalangan mengakibatkan dua orang mangsa tersepit manakala lima lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat telah menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.



[ad_2]
Source link