KUALA LUMPUR: Moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan di bawah pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) setakat 13 Julai, berjumlah RM55.2 bilion sejak dilaksanakan pada 1 April lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata daripada jumlah tersebut sejumlah RM19.3 bilion dimanfaatkan sektor perniagaan manakala RM35.9 bilion dimanfaatkan rakyat.

Pada masa sama, kerajaan juga melaksanakan langkah-langkah untuk menjana pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja.

“Antara usaha ini termasuk menyokong perniagaan dari segi mengekalkan pekerjaan melalui program subsidi upah yang ditambah baik di bawah pelan PENJANA,” jelas kementerian itu menerusi kenyataan media pada Selasa.

Bagi yang masih terkesan, mereka disaran berbincang dengan institusi bank masing-masing atau Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihat pada kadar segera.

Menurutnya lagi, bank-bank juga sedang proaktif menghubungi peminjam secara bersasar untuk menawarkan khidmat nasihat bagi bantuan bayaran balik.

BACA: 88 peratus pilih moratorium – AKPK

BACA: Moratorium: Don’t wait until last minute, plan your finances now – AKPK 




Source link