[ad_1]

KUALA TERENGGANU: Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bersedia digugurkan sekiranya berlaku rombakan Kabinet.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan perkara tersebut.

β€œItu keputusan Perdana Menteri. Kalau (keputusan) digugurkan itu kehendak Perdana Menteri apa kita nak kata. Tak perlu pertikaikan kalau Perdana Menteri dah membuat rombakan mengambil orang masuk (atau) keluar. Itu terpulang.. itu kuasa mutlak Perdana Menteri,” ujar Mohd Redzuan.

Beliau berkata demikian selepas program Himpunan Usahawan Terengganu di TD1303, Kuala Terengganu pada Ahad.

Menurut Mohd Redzuan, dia telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin sejak 2 Julai 2018 bagi memimpin kementerian yang baru diwujudkan semula itu.

Sekurang-kurangnya enam menteri disebut-sebut akan terbabit dalam rombakan Kabinet yang dikatakan akan dibuat dalam masa terdekat.

Selain Mohd Redzuan, mereka yang berada dalam senarai bayangan sesetengah pemerhati politik itu termasuk Menteri Pendidikan Mazslee Malik, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran serta dua menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan P Waytha Moorthy.



[ad_2]
Source link