[ad_1]

KYOTO: Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak memohon sebarang tuntutan ekstradisi ke atas Dr Zakir Naik ketika bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Vladivostok, Rusia.

Beliau berkata Modi hanya menyebut nama Zakir namun tidak mengulas apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh India.

“Tidak ada, beliau hanya sebut sahaja nama Dr Zakir Naik tetapi tidak meminta apa-apa dari saya.

“Dia tidak mengulas apakah masalah dihadapi India dan apa yang mereka mahukan dari Malaysia,” ujarnya pada sidang media pada hari terakhir lawatan kerja di Kyoto, Jepun hari ini.

Dr Mahathir berkata Modi sebaliknya hanya menimbulkan isu Kashmir sepanjang pertemuan bersama Dr Mahathir.

Sebelum ini laporan akhbar India memetik Modi berkata bahawa beliau sudah menyuarakan tuntutan ekstradisi Zakir kepada Dr Mahathir sewaktu pertemuan berkenaan.

Namun Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Modi hanya sentuh isu Zakir Naik sepintas lalu dan mahu perbincangan lanjut peringkat pegawai.

“Pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin itu diadakan di atas permintaan Modi, namun kebanyakan perbincangan berkisar kepada isu dua hala, isu Jhammu dan Kashmir, selain pembelian minyak sawit Malaysia oleh India,” katanya.



[ad_2]
Source link