SUNGAI BULOH: Setiap insan di dunia sudah pasti ingin hidup berpasangan.

Demikian juga dengan pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, ketika ditanya, Mira hanya meminta peminat dan masyarakat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Niat itu ada, tapi bila itu belum tahu lagi.

“Lihat pada rezeki juga, kalau ada saya akan umumkan nanti,” katanya ketika ditemubual selepas pertunjukkan fesyen pengantin 2020 Rico Rinaldi di Gamuda Gardens, Sungai Buluh, Selangor pada Selasa.

Mira juga mengakui sedang dalam proses mengenali pasangannya itu.

Tambahnya, dia sangat gembira kerana dipilih sebagai ‘Muse’ kerana Rico merupakan antara pereka fesyen pilihan Mira dalam menjalinkan kerjasama.




Source link