[ad_1]

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines dari Beijing, China terpaksa berpatah balik selepas empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Daxing.

Pesawat MH319 itu terpaksa berbuat demikian disebabkan mengalami masalah teknikal.

Mengesahkan perkara itu, MAS berkata, pesawat MH319 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada jam 9.30 pagi dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 4.00 petang.

Bagaimanapun, pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas empat jam berlepas ekoran masalah teknikal yang dihadapi dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada pukul 1.24 petang.

Malaysia Airlines dalam masa sama menyatakan rasa kesal dengan kesulitan yang terpaksa dihadapi penumpang berhubung insiden itu.

Sementara itu, salah seorang penumpang MH 319 menerusi akaun Twitter AdyBoy78 turut berkongsi insiden itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan beliau dan penumpang lain.

Dalam reaksi segera pada hantaran AdyBoy78, Malaysia Airlines berkata, syarikat berkenaan sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan perkara tersebut serta memastikan pesawat dalam keadaan baik kerana keselamatan penumpang menjadi keutamaan mereka.



[ad_2]
Source link