[ad_1]

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga pukul 9.00 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, kawasan yang dijangka terjejas adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kawasan lain yang diramal turut terjejas adalah di Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak; serta Pedalaman (Sipitang dan Tenom) di Sabah.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link