[ad_1]

TAIPING: Dua lelaki ditahan kerana dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Mabuk dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sekitar bandar ini semalam (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata siasatan terhadap lelaki berusia 42 dan 45 tahun itu, mereka mengaku mengambil minuman keras selepas pulang dari tempat kerja dengan alasan mahu menghilangkan penat.

“Tangkapan dibuat kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, yang turut menyatakan kedua-dua lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis sehingga laporan kimia dan ujian darah diperoleh.

Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan menurut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link