SETIAP tahun pesanan Hari Natal Ratu Elizabeth II amat dinanti-nanti oleh penyokong kerabat diraja England seluruh dunia.

Saluran television dan radio British Broadcasting Corporation (BBC) pasti menyiarkan pesanan Hari Natal (Christmas Message), lengkap dengan komentar dari wartawan yang khusus melapor perkembangan kerabat diraja England.

Ucapan untuk tahun ini sudah dirakam dari Windsor Castle di Berkshire, England dan sudah mendapat liputan meluas – walaupun hanya akan disiarkan pada Hari Krisman, 25 Disember pada 15:00 waktu GMT (Greenwhich Mean Time) atau 11 malam (Waktu Malaysia).

BBC sudah melaporkan bahawa Ratu Elizabeth pasti akan menyifatkan laluan bagi tahun 2019 sebagai agak beralun (quite bumpy). Namun, langkah kecil (small steps) yang diambil pasti akan menyembuh segala keretakan (heal divisions).

Tambah BBC, tahun 2019 pasti akan terpahat di minda perbalahan berkaitan isu Brexit. Perit bagi kerabat pula timbul ekoran pelbagai peristiwa yang melibatkan keluarga diraja sendiri.

Suaminya, the Duke of Edinburgh Prince Philip, 98 baru keluar dari hospital selepas menjalani rawatan selama empat hari.

Pada Januari, Prince Philip yang terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu berhampiran Estet Sandringham di Norfolk. Prince Philip yang memandu sendiri (walaupun terdapat undang-undang yang melarang warga yang hampir berumur 100 tahun dari memandu) tidak mengalami kecederaan. Dua wanita orang awam tidak begitu bernasib baik – mereka terpaksa diberi rawatan hospital akibat kemalangan yang melibatkan Prince Philip.

Pada bulan September pula, Meghan Markle dan suaminya Prince Harry – mereka memegang gelaran Duke and Duchess of Sussex – secara terbuka mendedahkan isu-isu sensitif dan peribadi kepada media terpilih sewaktu melakukan lawatan rasmi ke selatan Afrika.

Pada November pula, Prince Andrew – yang memegang gelaran the Duke of York – berundur dari tugasan awam selepas ditemubual oleh BBC tentang hubungannya dengan ahli perniagaan Jeffrey Epstein. 

Epstein yang sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan perdagangan seks melibatkan mangsa bawah umur mati bunuh diri pada Ogos sewaktu dalam tahanan penjara di New York.

Prince Andrew dikutuk kerana tidak mengaku tahu menahu mahupun terlibat dalam salah laku seks bersama mangsa Epstein yang masih di bawah umur pada waktu kejadian.

Namun bagi peminat dan penyokong kerabat di raja England, kad Krismas Meghan, Harry bersama putera sulung mereka Archie bertiga menjadi hadiah hari Natal paling dihargai.

Kad digital itu membawa ucapan; “Diucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru” lengkap dengan tandatangan “dari keluarga kami kepada keluarga kamu”.

Namun, kontroversi tidak jauh menghantui Meghan dan Harry – gambar digital yang diambil oleh rakan mereka Janina Gavankar dikatakan melibatkan teknik `photoshop’ bagi mengelakkan muka Meghan dilindung bayang.





Source link