[ad_1]

TAPAH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam masa terdekat.

Beliau berkata perjumpaan itu antaranya bagi mengetahui tarikh bayaran pampasan ke atas 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta berikutan penutupan taman tema tersebut berkuat kuasa pada 28 Jan lalu.

“Perkara itu belum dimaklumkan kepada saya. Saya belum berjumpa dengan pihak pengurusan, selepas perjumpaan, saya akan maklumkan kepada anda (pemberita) atau pihak pengurusan yang akan cakap,” katanya.

BACA: Taman tema MAPS akhirnya tutup

BACA: MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan

Beliau ditemui pemberita semasa sambutan Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri Chenderiang di Taman Mas di sini pada Isnin. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Pada 29 Jan lalu, menerusi satu kenyataan Pengarah Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) Zadrul Insan Mustadza dan Yang Idros Yang Razali berkata seramai 265 pekerja MAPS yang diberhentikan akan diberikan pampasan mengikut garis panduan Akta Pekerja 1955, namun tidak menyatakan jumlah pampasan.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link