[ad_1]

MUKAH: Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai terjatuh dari kapal yang berlabuh di Jeti Lammy, Batang Sungai Mukah semalam ditemui pagi ini.

Mangsa yang bekerja sebagai operator jengkaut sebuah kapal swasta dikenali sebagai Shahriman Mohd Abbas berusia dalam lingkungan 20-an.

Dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, mangsa dari Kampung Tellian Tengah dipercayai tergelincir ketika menuruni tangga tingkat dua iaitu tempat mengemudikan kapal berkenaan sebelum berlakunya insiden itu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, mangsa kemudian dikatakan bangun semula selepas tergelincir namun terjatuh ke dalam sungai.

“Siasatan awal pihak polis mendapati  mangsa cuba berenang kembali ke arah kapal tetapi tidak berjaya semasa seorang rakan membaling pelampung kepada arahnya,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Menurutnya, rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kes ini,” jelasnya.

Stanley berkata, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan seawal pukul 7 pagi tadi melibatkan pasukan IPD Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPP Mukah) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mayat mangsa ditemui lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian pada jam 9.50 pagi tadi.

Mayat telah diserah kepada oihak polis dan dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya



[ad_2]
Source link