[ad_1]

PUCHONG: Mayat seorang lelaki dijumpai dalam keadaan tertiarap di belakang deretan kedai di Bandar Puteri Puchong pada malam Isnin.

Kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melalui kawasan belakang premis tersebut.

Panik melihat tubuh yang kaku itu, pengawal keselamatan menghubungi polis kira kira jam 8 malam.

Pemeriksaan awal forensik terhadap mayat yang lengkap berpakaian itu tidak menemukan sebarang tanda kecederaan.

Namun, keputusan punca kematian bakal diketahui selepas selesai bedah siasat.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.



[ad_2]
Source link