NIBONG TEBAL: Mayat  seorang lelaki dengan kesan tatu ditemui terapung di dalam Sungai Ketupat, Bukit Tambun, Nibong Tebal, pada pagi Ahad.

Mayat  tanpa pakaian itu  ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, identiti dan bangsa mayat tersebut masih belum dikenal pasti.

“Namun siasatan pada mayat mendapati ada tatu pada bahagian belakang badannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi urusan bedah siasat.

Shafee berkata, pihaknya  sedang menjalankan  siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga agar segera menghubungi balai polis berhampiran.





Source link