[ad_1]

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam sebuah beg pakaian di Jalan 3, Taman Industri Pandan Indah, Pandan Indah, di ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, mayat tersebut ditemui orang awam pada jam 8.52 pagi, hari ini.

Mayat tersebut diletakkan dalam beg pakaian berwarna biru dan badannya berikat dengan kabel wayar.

“Keadaan mayat itu berpakaian penuh dan kedua-dua kaki mangsa yang tidak memakai kasut telah terkeluar dari beg tersebut ketika ditemui,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata mayat tekah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kerana tekanan pada bahagian leher.

“Terdapat kesan lebam di bahagian hadapan dan belakang badan mangsa selain kesan jerut di bahagian lengan serta leher kiri sehingga bawah dagu mangsa.

โ€œOrang awam mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Saiful Azhar Rahim di talian 011-12116458,โ€ jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



[ad_2]
Source link