[ad_1]

MEMBAKUT: Pakatan Harapan (PH) perlu terus memberikan sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam tempoh kempen yang berbaki lebih kurang 24 jam lagi.

Enggan mengulas isu-isu lain, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, fokus utama adalah untuk memastikan calon Warisan, Datuk Karim Bujang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.

“Saya fikir ia pilihan raya yang penting dan semua pemimpin dari Sabah termasuk Pakatan Harapan, kita perlu menetapkan keutamaan kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Pimping, sini, malam ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memaklumkan setakat ini beliau menerima maklum balas positif sepanjang kempen PRK Kimanis berlangsung.

Jelas Mohamed Azmin, beliau yakin perkara itu kerana hasil kerja keras dan dasar peduli rakyat yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Walaupun dalam tempoh yang singkat, rakyat semakin yakin bahawa Warisan semakin mampu membawa perubahan dalam kerajaan negeri Sabah.

“Saya berharap ia dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada hari Sabtu ini,” ujarnya.

Terdahulu, badan pemikir, Ilham Centre mendedahkan hasil kajian dijalankan ke atas 491 responden mendapati Warisan mempunyai peluang untuk menang selesa pada PRK kali ini.

PRK Kimanis menyaksikan pertembungan antara calon Warisan, Karim dan Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.



[ad_2]
Source link