[ad_1]

MIRI: Mangsa terakhir yang hilang dalam insiden dihanyutkan arus air di Gua Rusa, Taman Negara Mulu, dijumpai mati lemas.

Perkara itu disahkan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pemandu pelancong itu, Roviezal Robin.

Jasad Roviezal ditemui sekitar jam 10.10 pagi di kawasan Deer Sum oleh pasukan SAR 2.

Proses membawa keluar mayat sedang berlangsung.

Operasi SAR tersebut melibatkan pasukan yang berpecah mencari Roviezal di setiap lokasi dalam kompleks gua tersebut, termasuk terowong gua serta laluan sungai.

Dalam kejadian berlaku pukul 5.50 petang Jumaat itu, Roviezal serta seorang pelancong Belanda Peter Hans, 66, hilang dibawa arus semasa banjir kilat, dengan mayat Hans ditemui pukul 6.40 pagi Sabtu.

Mereka dalam kumpulan bersepuluh yang berada di dalam Gua Rusa sewaktu ekspedisi dijalankan, namun lapan daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

BERITA LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link