KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sook kira-kira 40km dari sini sejak semalam, kekal 95 orang setakat pukul 8.00 malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan ia melibatkan 19 keluarga.

PPS berkenaan dibuka selepas Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat, kedua-duanya dalam daerah Sook, dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak 23 Dis lepas.

Jalan utama ke Kampung Rancangan Belia Tiulon turut terjejas, bagaimanapun ketika ini air sudah mulai surut.

— BERNAMA




Source link