[ad_1]

PEJAM celik, pejam celik sudah genap enam tahun tragedi yang menimpa pesawat malang Malaysia Airlines, MH17 berlaku.

Meskipun begitu, peristiwa hitam yang menggemparkan negara dan dunia itu akan terus terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia.

Ini antara perkara yang anda perlu tahu mengenai tragedi MH17:

1) Tragedi tersebut berlaku pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan 298 nyawa termasuk anak kapal.

2) Sebahagian besar mangsa merupakan rakyat Belanda selain warga Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

3) Pesawat MH17 telah meletup di udara kerana ditembak oleh peluru berpandu yang dilepaskan pemberontak di Timur Ukraine.

4) Pesawat ini merupakan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

5) Pada 1 Disember 2014, Malaysia telah diterima sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan jenayah susulan nahas itu.

6) Pada 10 Disember 2014 bangkai pesawat MH17 tiba di Belanda dan siasatan berkenaan insiden tersebut mula dijalankan.

7) Pada 28 September 2016, media antarabangsa melaporkan bahawa peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 berasal dari Rusia.

8) Menteri Pengangkutan, Datuk Wee Ka Siong pada 17 Julai 2020 mengulangi pendirian Malaysia tidak akan berputus asa dan terus komited untuk mencari pembelaan bagi mangsa dan ahli keluarga mereka.

9) Rakyat Malaysia terus memperingati tragedi hitam yang menimpa pesawat malang itu di media sosial.
Ini antara ciapan yang dimuat naik oleh rakyat Malaysia di laman media sosial.

 

Kami di Astro AWANI bersama rakyat Malaysia masih mengingati detik hitam itu dan sama-sama terus berkongsi kesedihan yang mendalam.



[ad_2]
Source link