[ad_1]

ARENA sukan tempur Malaysia terus cemerlang di pentas dunia apabila baru-baru ini lima atlet negara berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan dua gangsa dalam Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 di Hong Kong.

Menerusi Facebook rasmi Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), kejohanan itu menyaksikan tiga petarung negara Mohamed Mahmoud, Mohammad Rifdean Masdor, Nur Amisha Azrilrizal meraih pingat emas, manakala pingat gangsa diraih oleh Zulhelmi Rosli dan Nurul Tasha Amira Abdul Rahman.

Mohamed yang turut dikenali sebagai Jordan Boy, menumpaskan peserta Hong Kong, Chai Siew Gan untuk kategori 67kg, Mohamad Rifdean pula menewaskan Lee Wei Luo (Hong Kong) untuk kategori 48kg, sementara untuk kategori 51kg wanita, Nur Amisha mengalahkan Wong Shi Qi yang juga dari Hong Kong.

Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 telah berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos.

Syed Saddiq bersama atlet-atlet Muay Thai negara semasa menyambut kepulangan mereka di KLIA2. - Sumber foto: Facebook Persatuan Muay Thai Malaysia

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji komitmen yang ditunjukkan oleh atlet-atlet berkenaan.

Katanya, selain bakal yang ditonjolkan, mereka mahir menguruskan masa antara latihan, kejohanan dan pelajaran untuk membawa kejayaan kepada negara meskipun bakal menghadapi peperiksaan.

Selain itu, beliau turut berbincang dengan Presiden PMM Datuk Muhammad Shahnaz Azmi untuk memberi bantuan sebaik mungkin kepada atlet Muay Thai negara agar sukan itu terus meningkatkan prestasi mereka.



[ad_2]
Source link