[ad_1]

KUALA LUMPUR: Malaysia rasa ia perlu lakukan sesuatu dalam dalam menangani keadaan yang melanda masyarakat Muslim di seluruh dunia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Atas sebab itu, beliau berkata, Malaysia terpanggil untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2019) bagi membincangkan serta meningkatkan tahap kehidupan dan kesejahteraan Muslim di negara luar.

“Kami rasa kami perlu mengatasi keadaan yang disebabkan Islamofobia. Kami rasa kami perlu menangani kelemahan, serta kebergantungan ke atas orang bukan Muslim demi melindungi diri dari musuh Islam,” katanya ketika berucap di majlis mengalu-alukan delegasi sempena KL Summit 2019, di sini, Rabu malam

Dr Mahathir, yang juga merupakan Pengerusi KL Summit, berharap agar persidangan kali ini dapat memuktamadkan beberapa inisiatif, yang mampu menjadi pemangkin untuk melakukan perkara yang lebih besar.



[ad_2]
Source link