[ad_1]

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia bergabung dan bekerjasama dengan Iran dan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima panggilan telefon dari  Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa simpati dan solidariti Malaysia kepada Iran atas situasi terkini COVID-19 dan tragedi gempa bumi yang menimpa negara itu awal Mei lalu.

Malaysia-Iran juga membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan tinggi.

Kedua-dua negara sependapat lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi kerjasama dalam bidang perdagangan serta pelaburan.

Malaysia-Iran juga saling mengundang untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing selepas pandemik COVID-19 berakhir.



[ad_2]
Source link