[ad_1]

ACARA malam kemuncak Anugerah Akademi 2021 atau Oscars ditangguhkan susulan COVID-19.

Penganjur memaklumkan, malam penganugerahan dijadualkan semula ke 25 April dari tarikh asal 28 Februari.

Penganjur turut setuju melanjutkan tempoh jendela kelayakan melepasi 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, tiada pengesahan sama ada peganjuran malam kemuncak itu adalah secara maya atau sebaliknya.

Pandemik COVID-19 menyebabkan proses penggambaran dan pra produksi beberapa filem besar terhenti.

Dalam sejarah penganjurannya, Oscars hanya ditangguhkan tiga kali sebelum ini.

Dengan penangguhan ini, pencalonan bagi Oscars akan diumumkan pada 15 Mac 2021.



[ad_2]
Source link