[ad_1]

BANDA ACEH: Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.

Bagi memperingati kejadian itu, satu majlis diadakan di Aceh pada Khamis.

Memetik laporan AP, menurut Pemangku Gabenor Aceh, Iriansyah Majlis, peringatan itu sebagai penghargaan kepada 150 negara yang telah membantu dalam pemulihan dan pembinaan semula Aceh.

β€œHari ini secara rasminya kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada lebih 150 negara yang sudah terlibat dalam proses pembikinan semula Aceh,” katanya.

Bagi salah seorang ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban, Deny Eriyanto, keluarganya akan melawat tapak perkuburan beramai-ramai mangsa terkorban akibat tsunami itu setiap tahun.

Ini kerana jelasnya, mereka tidak tahu di tapak mana sepupunya dikebumikan.

Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Aceh itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, berzikir serta bacaan yasin.

Dalam kejadian 26 Disember 2004, tsunami membadai Aceh dan beberapa negara di sepanjang lautan Hindi.

Antaranya Thailand, Malaysia, India dan beberapa negara di pantai timur Afrika.

Sementara itu di Thailand, upacara seumpamanya turut diadakan di beberapa lokasi berbeza termasuk di Pusat Peringatan Tsunami Ban Nam Khem di daerah Phang Nga.

Daerah ini antara yang paling teruk terjejas ketika tsunami melanda negara itu sehingga menyebabkan lebih 5,000 mangsa terkorban di daerah tersebut.



[ad_2]
Source link