[ad_1]

KUALA LUMPUR: Proses pembelajaran subjek Matematik di dalam kelas boleh jadi sangat membosankan dan jika tidak kena gaya para pelajar mudah untuk hilang tumpuan.

Menyedari perkara itu, tutor Matematik, Uzairi Taib menggunakan pendekatan berbeza ketika mengajar anak muridnya.

Berbanding cara konvesional, Uzairi yang sangat mesra dikenali sebagai Sir Uzairi menjadikan persekitaran sebagai fomula menyelesaikan permasalahan Matematik.

“Saya tidak terus menggunakan nombor-nombor untuk mengajar, sebaliknya akan mengaitkannya dengan keadaan sekeliling, apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan mereka (murid-murid) agar mereka lebih mudah faham.

“Sebab itu biasanya pada sesi pertama saya akan meluangkan masa untuk mengenali pelajar-pelajar saya terlebih dahulu untuk mengenali mereka,” katanya ketika ditemubual dalam program AWANI Pagi pada Rabu.

Menurut Uzairi, teknik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah masih lagi sama tetapi dia menggunakan pendekatan berbeza.


 

Pendekatan Uzairi mengajar subjek Matematik turut menarik perhatian warganet yang berpendapat teknik digunakan berjaya mengubah persepsi orang ramai mengenai subjek selama ini dianggap membosankan. Tambah Uzairi, pendekatan yang digunakan untuk mengajar juga menerima respon positif daripada guru-guru di sekolah dalam memastikan pelajar dapat memahami sesuatu formula untuk menyelesaikan soalan Matematik.

“Kebanyakan yang guru-guru disekolah juga menerima baik pendekatan yang digunakan saya cuma mungkin mereka tidak boleh mengikuti gaya saya yang energetik,” kata pendidik yang terkenal dengan kelincahan semasa mengajar di dalam kelas.

Menyedari kemahiran dan kelebihan yang ada dalam dirinya perlu dikongsi, Uzairi kini dalam usaha menghimpunkan guru-guru di setiap negeri untuk berkongsi pendekatannya mengajar Matematik.

“Sehingga kini saya telah mengumpul guru-guru di Pahang, Pulau Pinang, Johor dan akan ke Sabah dan Sarawak. Hasrat saya ingin menjadikan subjek matematik ini sesuatu yang digemari oleh murid-murid,” katanya lagi.

Saksikan temubual penuh Hakim Rahman dan Geegee Ahmad bersama Uzairi Taib dalam AWANI Pagi.



[ad_2]
Source link