PUTRAJAYA, 24 Jun – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan ibu seorang tahanan yang meninggal dunia di Penjara Tapah pada 2014 untuk mendapatkan ganti rugi atas kecuaian dan tuntutan tanggungan.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Yaacob Md Sam bagaimanapun menetapkan 7 Julai depan untuk memutuskan kuantum ganti rugi bagi membolehkan semua pihak dalam rayuan itu memfailkan hujah bertulis berhubung isu tersebut selewat-lewatnya 30 Jun ini.

Peguam M.Visvanathan mewakili Rahaya Salleh, ibu Kamarulnizam Ismail, manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, Andi Razali Jaya A. Dadi dan Mohd Ashraf Abd Hamid hadir bagi pihak polis, pegawai penjara serta kerajaan.

Dalam prosiding hari ini yang berlangsung melalui aplikasi Zoom, panel itu membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan RM100,000 kepada Rahaya sebagai ganti rugi bagi penahanan tidak sah dan RM50,000 bagi misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam.

Yaacob, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M.Gunalan, turut memberikan ganti rugi khas RM10,000 kepada Rahaya selain menaikkan jumlah kos perundangan bagi prosiding di mahkamah rendah yang diberikan kepada ibu mangsa daripada RM12,000 kepada RM30,000.

Panel itu turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati responden bertanggungjawab bagi kecuaian yang berlaku.

Terdahulu, Visvanathan memaklumkan panel itu bahawa keluarga mangsa menuntut RM71,400 sebagai ganti rugi bagi tuntutan tanggungan dan RM250,000 bagi kecuaian.

Bagaimanapun, Azizan berhujah bahawa ganti rugi bagi tuntutan tanggungan yang sepatutnya diberikan ialah RM27,685.44.

Pada Ogos 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa defendan bertanggungjawab atas kecuaian dan memberikan ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada keluarga Kamarulnizam atas penahanan tidak sah terhadap mangsa serta RM50,000 bagi misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam.

Pesuruhjaya Kehakiman Anslem Charles Fernandis (kini Hakim Mahkamah Tinggi) berkata Kamarulnizam, 39, ditahan di lokap Balai Polis Seberang Prai selama dua hari sebelum dipindahkan ke Penjara Tapah.

Dalam penghakimannya, Fernandis menyifatkan penahanan Kamarulnizam di lokap itu sebagai tidak sah kerana mengikut peruntukan di bawah Seksyen 282 Kanun Prosedur Jenayah, apabila terdapat satu perintah mahkamah, adalah mandatori bagi pegawai polis untuk bertindak dalam masa yang munasabah membawa mereka yang didapati bersalah ke penjara dan bukan melakukannya selepas dua hari.

Beliau juga berkata pegawai warden di Penjara Tapah sepatutnya mengawasi Kamarulnizam dan lebih berwaspada selepas mangsa diberikan ubat untuk cirit-birit.

Mahkamah Majistret di Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara 14 hari ke atas Kamarulnizam selepas dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1957 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Dilaporkan bahawa Kamarulnizam, yang bekerja di sebuah kilang gula di Pulau Pinang, telah memilih untuk menjalani hukuman penjara kerana memerlukan wang itu untuk memperbaiki kereta meskipun bapanya datang ke mahkamah untuk membayar denda.

Rahaya, 71, memfailkan saman terhadap responden pada 3 Mac 2017 dan menuntut ganti rugi bagi tuntutan tanggungan, misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam serta ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas.

— BERNAMA


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.