[ad_1]

WARAN tangkap tanpa jaminan telah dikeluarkan Mahkamah Khas India ke atas penceramah bebas warga India, Dr Zakir Naik.

Menurut laporan portal berita NDTV, waran tersebut berhubung dakwaan kes pengubahan wang pada 2016.

Dr Zakir didakwa telah memperoleh wang sebanyak RM11.36 juta daripada hasil pengubahan.

Sebelum ini Dr Zakir telah mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan untuk hadir ke mahkamah berkenaan. Namun rayuannya telah ditolak.

Dr Zakir merupakan seorang penceramah TV popular yang meninggalkan India pada 2016 dan berpindah ke negara ini.

Beliau juga kini merupakan seorang pemastautin tetap di Malaysia.



[ad_2]
Source link