[ad_1]

PEMBIKINAN “Mahathir: The Journey” karya Professor Dr Hatta Azad Khan selesai jalani penggambaran semalam. 

Perkara itu dimaklumkan menerusi kemas kini di laman Facebook “Mahathir: The Journey.” 

Filem biografi itu mula dibikin sejak Oktober lepas. 

Naskhah terbitan Reliance Media Group ini antara lain memaparkan kisah sosok Tun Dr Mahathir Mohamad secara dekat menerusi layar perak.

Ia dilakonkan oleh beberapa bakat tempatan termasuk Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, Fauziah Latiff sebagai Tun Dr Siti Hasmah, dan Lisdawati sebagai Nurul Izzah serta ramai lagi.

FIlem ‘Mahathir: The Journey’ dijangka menemui peminat pada Julai ini.

BACA: Kenapa filem Tun M diterbitkan? Ini penjelasan pengarah Dr Hatta Azad Khan



[ad_2]
Source link