IPOH: Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh pada Rabu.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.16 pagi.


Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi untuk operasi pemadaman.


“Lori tangki muatan minyak itu terbakar 60 peratus dan kerja pemadaman dijalankan tetapi tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya di sini.

Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh pada Rabu. - Foto Ihsan Pembaca


Sementara itu, menurut pihak PLUS, bagi mengurangkan kesesakan laluan ke utara secara kontra dibuat di samping melalui kawasan parkir sementara.





Source link