[ad_1]

KUALA LUMPUR: Air Selangor memaklumkan henti tugas Loj Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 (LRA SP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3), ekoran pencemaran bau di sumber air mentah berkuasa kuasa jam 11: 18 malam Selasa.

Dalam kemaskini terbaru, Air Selangor berkata, loji-loji rawatan air yang terjejas ekoran pencemaran bau di Sungai Selangor itu telah kembali beroperasi.

“Pihak kami mengambil segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air serta meminimakan impak gangguan,” ujarnya.

Air Selangor turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama pengguna sepanjang tempoh pemulihan dan memohon maaf atas segala kesulitan.

Terdahulu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.



[ad_2]
Source link