KUCHING: Seorang lelaki telah direman tujuh hari pada Jumaat selepas dipercayai meliwat rakan penghuni lelaki sebuah pusat pemulihan akhlak di Kuching.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintedan Aidil Bolhassan yang mengesahkan perkara tersebut berkata suspek yang juga penghuni asrama tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 26 tahun pada Khamis.

”Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kota Sentosa sekitar jam 3.20 petang.

“Susulan itu, sepasukan anggota telah menahan suspek di pusat pemulihan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Aidil, dalam laporannya mangsa berkata dia telah diserang suspek sekitar jam 9 malam Rabu lalu.

Mengulas lanjut, katanya suspek dipercayai telah enam kali melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap pengadu di asrama berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.




Source link