[ad_1]

PUTRAJAYA: Berikut adalah lima perkara penting dari sidang media Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad di Putrajaya pada Rabu.

1. Pelajar institusi pengajian tinggi akan memulakan pengajian mereka semula pada Oktober 2020.

2. KPT berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.

3. Semua aktiviti sukan dan riadah pelajar perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

4. Pelajar antarabangsa perlu mendaftar dengan pihak Education Malaysia Global Services sebelum diberikan kebenaran masuk ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen

5. Pelajar antarabangsa perlu menjalani ujian PCR atau RTK Antigen dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Malaysia.



[ad_2]
Source link