BERLIN: Sekurang-kurangnya dua cedera, manakala lebih 35 pekerja lombong di timur Jerman berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam tanah sedalam 700 meter susulan satu letupan di lokasi berkenaan,

Letupan berlaku pada pagi Jumaat di lombong yang terletak di Teutschenthal berdekatan bandar Halle, dipercayai berpunca akibat kebocoran gas.

Polis berkata kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Selepas operasi menyelamat, kesemua pekerja lombong terbabit dibekalkan dengan oksigen.

Lombong berkenaan ditutup pada 1982 tetapi digunakan untuk memproses sisa buangan lombong dari kawasan lain.

Lebih 100 individu dilaporkan bekerja di kawasan berkenaan.





Source link