[ad_1]

DUNGUN: Mayat ketiga pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun telah ditemui pada Ahad.

Mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed, 21, ditemui sekitar jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.

Penemuan mayat ketiga itu kurang satu jam daripada penemuan mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang dikesan kira-kira jam 11.35 pagi oleh  pasukan penyelamat yang melakukan pencarian di laut.

Kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

BACA: Mayat kedua pelajar politeknik ditemui

BACA: ‘Rest time’ status terakhir Amir sebelum tenggelam

BACA: Kami cuba bantu dengan campakkan pelampung, tetapi… – Rakan mangsa hilang di Pantai Teluk Bidara

Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki turut ditemui terdampar.

Mayat mangsa dikesan terdampar di Pantai Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari satu lagi mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Amur Izzudin Zulkiflee.

Pada Jumaat kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.





[ad_2]
Source link