[ad_1]

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila menemui sebuah objek yang dipercayai bom di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya dimaklumkan penemuan itu oleh lelaki berkenaan pada jam 2.25 petang.

“Lelaki itu menemui objek dipercayai bom ketika sedang membetulkan lubang kubur untuk kebumikan satu jenazah di tanah perkuburan tersebut dan seterusnya menghubungi polis.

“Setibanya polis di lokasi, objek tersebut (didapati) merupakan sejenis bom Mortar 81mm dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata kawasan tersebut ditutup daripada orang awam buat sementara waktu oleh pihak polis atas faktor keselamatan.

“Pada 6.10 petang, Unit Pemusnah Bom telah berjaya meletupkan bom tersebut dalam keadaan selamat dan terkawal serta tiada insiden tidak diingini berlaku.



[ad_2]
Source link